X

Kindly register in order to view this article
!

Guardiola, Klopp cadangkan lima pertukaran pemain

Aksi antara City dan Liverpool berkesudahan seri 1-1 di Stadium Etihad awal pagi tadi. - Foto Manchestercityeveningnews.com
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui dia dan Jurgen Klopp bersetuju untuk mencadangkan agar lima pertukaran pemain boleh dibuat dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut Guardiola, cadangan berkenaan dibuat apabila memikirkan banyak pertukaran pemain perlu dilakukan terutamanya ketika mengharungi jadual perlawanan yang agak padat ketika ini.

Malah menurut Guardiola, perkara berkenaan telah pun diaplikasikan dalam saingan liga bola sepak lain di sekitar Eropah ketika ini.

“Kebanyakan liga bola sepak di Eropah sudah pun membenarkan pertukaran seramai lima pemain dibuat dan kini tiba masanya ia diaplikasikan di EPL.

“Saya dan Klopp telah bercakap mengenai perkara ini sejurus tamat perlawanan semalam yang secara keseluruhannya bertujuan untuk melindungi pemain,” katanya selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Etihad kelmarin.

Guardiola berkata demikian setelah melihat kecederaan betis yang dialami pemain The Reds yang juga pertahanan kanan skuad kebangsaan England, Trent Alexander-Arnold pada perlawanan berkenaan.

Pada perlawanan berkenaan, Liverpool membuka jaringan pada minit ke-13 apabila penyerang sensasi, Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti.

Bagaimanapun, Gabriel Jesus berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-31 babak pertama sebelum sepakan percuma Kevin De Bruyne gagal menepati sasaran bagi kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati bagi berkongsi satu mata.

“Perlawanan itu nyata sengit. Kami berhempas pulas pada awal perlawanan kerana Liverpool menggunakan gandingan empat penyerang.

“Bagaimanapun, saya juga berbangga dengan aksi pertahanan City yang berjaya mengekang asakan-asakan Liverpool.

“Berdepan Liverpool memang sentiasa sukar tambahan pula kami gagal menjaringkan gol menerusi penalti seperti mereka dan kegagalan itu menjadikan perlawanan selepas itu semakin sukar,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!