Taklimat bincang jentera kempen: Amirudin

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - PH Selangor akan mengadakan satu taklimat hari ini bagi membincangkan soal jentera kempen sepanjang PRK Semenyih nanti.

Pengerusinya, Amirudin Shari berkata, taklimat tersebut akan diadakan petang ini melibatkan semua parti komponennya.

Menurutnya, perbincangan itu akan disertai semua jentera di peringkat cabang dan bahagian dari Bersatu, Amanah dan DAP.

"Ia bertujuan untuk menyelaraskan semua gerak kerja sepanjang kempen agar tidak timbul sebarang kekeliruan mahupun kesilapan," katanya kepada pemberita selepas Bicara Minda Sinar Harian di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Dalam pada itu ketika ditanya berhubung isu pemberian air percuma kepada golongan sasar B40 yang pasti akan menjadi antara senjata kempen pembangkang pada PRK Semenyih nanti, beliau berkata, PH bersedia dengan apa jua kemungkinan.

"Kalau kita pakai songkok lain pun akan jadi bahan..jadi, kita akan bersedia dengan isu tersebut.

"Jika itu yang dimainkan (jadi bahan kempen pembangkang), kita akan terangkan dan jelaskan kepada mereka khsuusnya rakyat," katanya.

Sebelum ini, Amirudin menegaskan pemberian air percuma bukan sahaja akan bersasar kepada golongan dalam kalangan B40 yang berdaftar dan mempunyai data dengan program E-Kasih, malah pemberian air itu akan ditambah daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan.

Artikel Berkaitan: