Netanyahu gelar Biden 'sahabat baik' Israel

Netanyahu yang menggunakan gambar beliau bersama Trump sebagai latar belakang profil di Twitter secara tiba-tiba mengaku mempunyai hubungan peribadi yang rapat dengan Biden selama hampir 40 tahun. - Foto Agensi
Netanyahu yang menggunakan gambar beliau bersama Trump sebagai latar belakang profil di Twitter secara tiba-tiba mengaku mempunyai hubungan peribadi yang rapat dengan Biden selama hampir 40 tahun. - Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang merupakan sekutu kuat kepada Presiden ke-45 AS, Donald Trump dilihat seperti berpaling tadah selepas beliau mengucapkan tahniah atas kemenangan calon Demokrat itu pada awal pagi tadi.

Netanyahu yang mendapat sokongan meluas Trump turut menggelar Presiden baharu dipilih itu sebagai 'sahabat baik' Tel Aviv.

"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan anda berdua bagi memperkukuhkan lagi pakatan istimewa antara AS dan Israel," katanya menerusi Twitter merujuk kepada Joe Biden dan Naib Presiden dipilih, Kamala Harris.

Netanyahu yang menggunakan gambar profil di laman blog itu memaparkan beliau bersama Trump secara tiba-tiba mendakwa mempunyai hubungan peribadi yang rapat selama hampir 40 tahun bersama Biden.

Menerusi satu lagi tweet, pemimpin Parti Likud itu turut berterima kasih atas dasar kontroversi Trump termasuk memeterai perjanjian damai Israel bersama beberapa negara rantau Arab yang memberi kepentingan besar kepada pentadbirannya.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan penunjuk perasaan anti-Netanyahu turut meraikan berita kemenangan Biden sambil melaungkan slogan menuntut pengunduran Perdana Menteri mereka yang merupakan sekutu kuat Trump.

"Saya tidak tahu sama ada Biden baik atau sebaliknya. Rakyat Amerika telah membuat keputusan yang bijak kerana ramai yang tidak sukakan Trump kerana beliau suka buat benda bodoh yang turut memberi kesan kepada kami.

"Masa akan menentukan apa yang akan berlaku di bawah pentadbiran baharu Rumah Putih," kata peserta protes, Etty Meidan. - Agensi

Artikel Berkaitan: