Kem Trump enggan terima kekalahan

Tweet Trump pada petang Sabtu.
Tweet Trump pada petang Sabtu.
A
A
A

WASHINGTON - Calon Republikan, Donald Trump enggan menerima keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang memihak kepada calon Demokrat, Joe Biden.

Trump terpaksa berputih mata untuk menyambung jawatan Presiden AS bagi penggal kedua selepas Biden mengatasi beliau dengan memperoleh 290 undi elektoral.

Trump sejak tiga hari lalu masih tersangkut pada angka 214 undi elektoral.

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, Peguam Trump, Rudy Giuliani menegaskan Biden belum menang kerana Trump akan meneruskan tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan di beberapa negeri.

Giuliani mendakwa proses pilihan raya kali AS kali ini dicemari penipuan dan keputusan yang diperoleh amat meragukan.

"Ini adalah tidak dapat diterima. Persaingan paling penting dengan kaedah pengundian yang meragukan. Langsung tiada jaminan.

"Kami akan memfailkan banyak kes. Ada kes yang kecil dan ada kes yang besar. Yang pasti ia bukan sekadar di Pennsylvania. Ia akan difailkan di Mahkamah Persekutuan atau mungkin juga di mahkamah di Pittsburg," katanya.

Kelmarin, Trump turut membuat dakwaan yang sama menerusi siaran secara langsung di kaca televisyen dengan menuduh terdapat penipuan sebelum tujuh saluran TV menamatkan serta-merta siaran langsung itu.

Artikel Berkaitan:

"Pemerhati tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan pengiraan. Saya memenangi pilihan raya ini dengan mendapat 71 juta undi yang sah.

"Undi paling banyak yang pernah diterima oleh mana-mana penyandang Presiden," tulis Trump satu tweet petang Sabtu.