Tukang masak dibunuh kerana rebut wanita

Mangsa yang bekerja sebagai tukang masak ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan memegang kesan tikaman pada badan sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia. Khun Soe Aung diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh di Bangsar, Kuala Lumpur kelmarin.
Mangsa yang bekerja sebagai tukang masak ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan memegang kesan tikaman pada badan sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia. Khun Soe Aung diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh di Bangsar, Kuala Lumpur kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberkas empat warga Myanmar termasuk teman wanita kepada mangsa yang mati ditikam dalam kejadian bunuh di Jalan Tempinis 1, Bangsar di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mayat mangsa berusia lingkungan 40-an yang juga warga Myanmar itu ditemui orang awam kira-kira jam 9.40 malam.

Dalam kejadian berkenaan, katanya, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan memegang kesan tikaman pada badan sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.

"Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati terdapat pergaduhan melibatkan beberapa lelaki.

"Polis turut menemui sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, siasatan lanjut telah membawa tangkapan empat warga Myanmar berusia 22 hingga 36 tahun di sekitar Bangsar di sini dalam serbuan berasingan bermula jam 12 tengah hari pada keesokan harinya.

Beliau berkata, keempat-empat mereka kini direman enam hari sehingga 12 November depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, siasatan juga mendapati salah seorang tangkapan wanita terbabit merupakan kekasih kepada mangsa dan telah mengenali antara satu sama lain sejak Januari lalu.

Artikel Berkaitan:

"Namun, pada Mei lalu, teman wanita mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan seorang suspek lelaki dikenali sebagai Khun Soe Aung yang kini masih diburu.

"Pada hari kejadian, suspek ini bersama bersama dua lelaki warga Myanmar telah bertindak menikam mangsa yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

"Punca kejadian ini dipercayai bermotifkan cemburu antara suspek dengan mangsa kerana bercinta dengan wanita yang sama," katanya.