Belanjawan mesra rakyat, serlah keprihatinan tinggi kerajaan

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini merupakan belanjawan mesra rakyat, sekali gus membuktikan keprihatinan tinggi kerajaan Persekutuan dalam menjaga dan memelihara kebajikan rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelbagai pihak mendapat manfaat khususnya golongan B40 yang terkesan dengan penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, pelbagai inisiatif melibatkan nilai kewangan yang cukup bagi membantu golongan berkenaan menunjukkan kerajaan serius dan benar-benar mahu membantu rakyat.

"Ia termasuk pemberian 'one-off' RM500 kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertungkus-lumus menjalankan tugas berkaitan Covid-19.

"Juga implikasi kewangan sehingga RM400 juta bagi menghapus hutang kebun oleh peneroka Felda yang tentunya melegakan golongan berkenaan," katanya di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, beliau berterima kasih atas inisiatif dan peruntukan yang disediakan dan berharap ia dapat dilaksanakan dengan jaya dan berkesan.

Artikel Berkaitan: