RM15 bilion untuk projek pembangunan infrastruktur pengangkutan

Projek Lebuhraya Pan Borneo. - Foto Bernama
Projek Lebuhraya Pan Borneo. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM15 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur pengangkutan untuk meningkatkan kemudahsampaian rakyat pada tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antaranya ialah projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Pertama.

Selain itu, katanya, beberapa projek lain akan diteruskan seperti Sistem Transit Rapid dari Johor Bahru ke Woodland, Singapura dan projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 di Lembah Klang.

"Pada dasarnya, kerajaan berhasrat untuk meneruskan projek High Speed Rail atau HSR kerana projek ini dijangka dapat menjana kesan pengganda yang positif terhadap ekonomi negara.

"Namun begitu ia tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan Singapura," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa projek baharu juga akan dilaksanakan kerajaan dengan jumlah peruntukan hampir RM3.8 bilion.

Menurutnya, antaranya ialah projek fasa dua bagi pembinaan jambatan Klang ketiga di Selangor dan meneruskan Projek Central Spine Road di jajaran baharu di negeri Kelantan dan Pahang.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan melaksanakan projek menaik taraf jambatan merentasi Sungai Marang, Terengganu dan menaik taraf Jalan Persekutuan menghubungkan Gerik, Perak ke Kulim, Kedah.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan juga akan meneruskan projek fasa tiga bagi membina dan menaik taraf lingkaran Pulau Indah, Klang, Selangor dan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi pakej dari Serusop ke Pituru.