Kanye West akur tewas, mahu bertanding 2024

KANYE WEST
KANYE WEST
A
A
A

NEW YORK - Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 yang agak tegang diwarnai dengan penyertaan penghibur terkenal, Kanye West yang akur dengan kekalahannya, namun memberi bayangan bakal berentap pada pemilihan pada 2024.

Menurut penyanyi rap tersebut, dia membuat keputusan akhir untuk bertanding sebagai calon bebas di bawah Birthday Party (parti Hari Jadi) dan menerima kira-kira 60,000 undi dari 12 negeri yang ditandingi.

Suami kepada selebriti terkenal, Kim Kardashian itu mendakwa dia mendapat undian yang tinggi di Tennessee dengan kira-kira 10,000 pengundi memilihnya.

West, 43, yang sebelum ini pernah menyokong Presiden Donald Trump turut menunaikan tanggungjawab buat pertama kali sepanjang hidupnya di pusat pengundian di Wyoming dan tanpa berselindung mendedahkan dia mengundi dirinya sendiri.

Pada 2018, West pernah bertemu dan beramah mesra dengan Trump di pejabat Oval, Rumah Putih, namun sokongannya beralih arah kepada Demokrat kira-kira setahun kemudian. - Agensi

Artikel Berkaitan: