AADK serius banteras dadah di sempadan

Rohayu (dua dari kanan) menyaksikan Zurkurnan Yusoff (tiga dari kanan) menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul AADK Kelantan.
Rohayu (dua dari kanan) menyaksikan Zurkurnan Yusoff (tiga dari kanan) menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul AADK Kelantan.
A
A
A

PASIR PUTEH - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan sedia menjalinkan kerjasama dengan agensi penguat kuasa di sempadan dalam usaha membendung aktiviti penyeludupan dadah ke negeri ini.

Pengarahnya, Rohayu Ahmad berkata, kerjasama itu melibatkan Polis Diraja Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela).

"Kita ambil serius perkara ini dan saya yakin kerjasama ini sedikit sebanyak mampu membendung kegiatan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Skuad Antidadah sempena Maulidur Rasul peringkat Jajahan Pasir Puteh di sini hari ini.

Menurutnya, kerjasama tersebut melibatkan beberapa jajahan Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli yang merupakan jajahan berhampiran sempadan.

Katanya, AADK Kelantan tidak menolak kemungkinan akan memperluaskan jalinan kerjasama itu ke jajahan lain di negeri ini pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: