Tedung selar 'dicekup' dalam tandas hostel

Ular tedung selar yang 'dicekup' ketika leka membaham biawak di Kampung Belukar, Machang.
Ular tedung selar yang 'dicekup' ketika leka membaham biawak di Kampung Belukar, Machang.
A
A
A

MACHANG - Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Machang menangkap seekor ular tedung selar yang sedang leka 'membaham' biawak di Kampung Belukar, di sini semalam.

Pegawai APM Machang, Leftenan (PA) Mohd Razman Ramli berkata, reptilia sepanjang lima meter dan seberat 15 kilogram (kg) itu 'dicekup' dalam tandas di sebuah hostel.

"Kita terima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.

"Sepasukan anggota telah dikerah ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menangkap reptilia itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

APM mengambil masa selama 33 minit bagi menangkap reptilia seberat 15 kilogram itu.
APM mengambil masa selama 33 minit bagi menangkap reptilia seberat 15 kilogram itu.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi, anggota APM telah membuat pemeriksaan dan menemui seekor ular tedung selar.

Katanya, hasil kecekapan anggota, APM telah berjaya menumpaskan reptilia itu dengan mengambil masa 33 minit sahaja.

Artikel Berkaitan: