Kes denggi menurun di Johor

R Vidyananthan
R Vidyananthan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kes denggi di Johor menurun pada minggu ini yang mencatat 193 kes berbanding 208 kes pada minggu lalu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, statistik itu menunjukkan pengurangan sebanyak 7.2 peratus.

"Sebanyak 99 kes pada minggu ini dicatatkan daripada kawasan lokaliti wabak dan 94 kes berpunca daripada kawasan bukan lokaliti wabak.

"Daerah yang melaporkan kes tertinggi adalah Johor Bahru sebanyak 159 kes iaitu 82.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Ini diikuti daerah Kulai (12 kes), Batu Pahat (5 kes), Kota Tinggi (5 kes), Tangkak (3 kes), Mersing (2 kes), Segamat (2 kes), Muar (2 kes), Pontian (2 kes) dan Kluang (1 kes)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, minggu ini juga menyaksikan tiada kes kematian akibat demam denggi direkodkan.

Dalam pada itu katanya, daerah yang mencatatkan peningkatan kes berbanding minggu lalu adalah Muar, Kota Tinggi dan Mersing.

"Sehubungan itu masyarakat diminta untuk meneruskan operasi pembersihan kawasan kediaman masing-masing bagi menghapuskan ancaman demam denggi," katanya.

Artikel Berkaitan: