Kerajaan kaji benarkan pencarum keluar akaun satu KWSP: PM

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah berbincang dengan Kementerian Kewangan.

"Kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada akaun satu," katanya dalam satu temu bual bersama Bernama dan stesen televisyen tempatan lain di sini hari ini menjelang pembentangan Belanjawan 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media melalui sidang video di kediamannya hari ini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media melalui sidang video di kediamannya hari ini

Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 November itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Kerajaan pada tahun ini telah melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada akaun dua masing-masing.

Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja kepada tujuh peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM700 juta sebulan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!