Awas pihak mengaku pegawai kanan KPM tawar projek khas

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihat supaya tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menyamar sebagai pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan menawarkan projek khas.

Menurut satu kenyataan, KPM tidak akan bertanggungjawab atas perbuatan pihak-pihak tertentu yang menyamar sebagai pegawai kanan KPM.

"Orang ramai yang menerima surat tawaran atau panggilan telefon daripada pihak terbabit dinasihatkan agar membuat laporan polis," katanya.

Jelasnya, pada ketika ini semua urusan tender di KPM dilaksanakan secara atas talian iaitu sistem ePerolehan melalui kaedah tender secara terbuka dan telus.

Artikel Berkaitan: