Barcelona kena bangkit!

Griezmann membakar semangat Barcelona menjelang aksi menentang Dynamo Kiev di Camp Nou awal pagi esok.
Griezmann membakar semangat Barcelona menjelang aksi menentang Dynamo Kiev di Camp Nou awal pagi esok.
A
A
A

PENYERANG Barcelona, Antoine Griezmann mengakui kelab Catalan itu berada dalam keadaan terdesak untuk meraih kemenangan ketika bertemu Dynamo Kiev dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Menurutnya, persembahan buruk yang ditampilkan dalam saingan La Liga mahu ditebus untuk meraih mata penuh dalam perlawanan menentang wakil Ukraine di Camp Nou itu.

"Kami masih ada banyak kelemahan untuk diperbaiki. Kami perlu kerja keras menjelang perlawanan menentang Dynamo Kiev dan cuba untuk meraih tiga mata.

"Kami perlu menunjukkan respons pantas untuk memastikan tidak terus tewas dan moral kami terus jatuh," katanya.

Prestasi gergasi Sepanyol itu dalam saingan La Liga dilihat terumbang ambing selepas hanya mampu mencatatkan dua kemenangan daripada enam perlawanan dilalui mereka.

Prestasi kurang memuaskan itu lantas menerima kritikan daripada peminat yang turut mempersoalkan kemampuan pasukan, apatah lagi gagal menang dengan pasukan kurang ternama, Deportivo Alaves yang hanya bermain dengan 10 orang dalam perlawanan kelmarin.

"Kami sangat marah kerana kami mahukan tiga mata dalam perlawanan menentang Alaves, namun gagal menewaskan pasukan yang hanya beraksi 10 orang.

"Pasukan memiliki banyak peluang tetapi gagal sempurnakannya. Sudah tentu saya rasa sangat bersalah kerana saya seorang penyerang.

Artikel Berkaitan:

"Kami perlu membaiki persembahan dan sudah tentu pasukan akan menjadi keutamaan saya. Saya janji akan lebih tajam selepas ini," ujarnya.

JADUAL PERLAWANAN LIGA JUARA-JUARA ESOK

Istanbul Basaksehir lwn Manchester United, 1:55 pagi

Zenit St Petersburg lwn Lazio, 1:55 pagi

Barcelona lwn Dynamo Kiev, 4 pagi

Chelsea lwn Stade Rennes, 4 pagi

Club Brugge lwn Borussia Dortmund, 4 pagi

Ferencvaros lwn Juventus, 4 pagi

RB Leipzig lwn Paris Saint-Germain, 4 pagi

Sevilla FC lwn Krasnodar, 4 pagi