Ramai orang jatuh miskin angkara Covid-19

Kajian dilakukan oleh DM Analytics bersama Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati ramai golongan B40 yang tidak mempunyai simpanan. Dr Muhammed Abdul Khalid.
Kajian dilakukan oleh DM Analytics bersama Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati ramai golongan B40 yang tidak mempunyai simpanan. Dr Muhammed Abdul Khalid.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Kadar kemiskinan di negara ini didapati meningkat kerana ramai rakyat Malaysia mudah jatuh ke dalam kancah kemiskinan selepas kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji akibat pandemik Covid-19.

Pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, kalau sekiranya seseorang rakyat Malaysia hilang pendapat RM700, kadar kemiskinan mutlak akan naik daripada lima peratus kepada 17 peratus.

Tambah Muhammed, dalam situasi ini, tiga golongan yang mudah menjadi miskin ialah ibu tunggal yang kebanyakannya berniaga kecil-kecilan, kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan orang kurang upaya (OKU)

Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti tempatan baru-baru ini terhadap golongan ibu tunggal di Malaysia, mereka kebanyakannya hanya mempunyai simpanan sekitar RM300, manakala golongan OKU pula hanya mempunyai simpanan sekitar RM70.

“Usaha kerajaan memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan langkah yang baik, namun ia masih tidak mencukupi dan ramai rakyat sengsara kerana mereka tidak boleh bekerja dan berniaga.

“Ia merupakan situasi berbeza dengan mereka yang bekerja dan diberhentikan memandangkan jika mereka mencarum ketika masih berkhidmat di syarikat, maka mereka masih mempuyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso dalam masa enam bulan diberhentikan,” katanya.

Menurut Muhammed, namun bagi penjaja kecil-kecilan sebenarnya golongan inilah perlu dibantu ekoran mereka bukan sahaja perlu menyara diri sendiri malah keluarga dan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.

Artikel Berkaitan: