JPJ periksa terminal, pastikan bas ekspres patuhi SOP

Zulkarnain memeriksa suhu salah seorang penumpang bas ekspres dalam operasi pematuhan SOP di Terminal Bas MBKT Kuala Terengganu malam tadi.
Zulkarnain memeriksa suhu salah seorang penumpang bas ekspres dalam operasi pematuhan SOP di Terminal Bas MBKT Kuala Terengganu malam tadi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu memeriksa 3,600 bas ekspres di tujuh terminal di negeri ini bermula Mei lalu bagi memastikan pengguna dan pengusaha pengangkutan awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati selepas mendapati 98 peratus daripada yang diperiksa mematuhi SOP ditetapkan selain tidak mengesan sebarang kes penumpang mahupun pemandu bas ekspres yang positif koronavirus (Covid-19).

"Sempena operasi pematuhan ini yang bermula dari 1 hingga 31 Oktober lalu, sebanyak 13,891 kenderaan diperiksa termasuk kenderaan persendirian (10,935), perkhidmatan awam (682) dan kenderaan perdagangan (2,274).

"Selepas tempoh pengecualian penguatkuasaan bagi kesalahan perbaharui lesen kenderaan motor (LKM), insuran dan Lesen memandu kompeten (CDL) yang diumumkan berakhir pada 30 September pula, sebanyak 950 dikesan.

"Ia melibatkan sebanyak 330 tindakan dikeluarkan bagi kesalahan LKM tamat tempoh, 260 tindakan terhadap kenderaan tiada insurans dan 350 CDL tamat tempoh," katanya kepada pemberita di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sempena operasi bersepadu patuhi SOP malam tadi.

Zulkarnain berkata, pihaknya menggerakkan seramai 30 anggota yang melibatkan 12 pasukan bagi memantau pematuhan SOP yang dijalankan sepanjang hari terutama di terminal bas.

"Biasanya semasa penguatkuasaan dan pemeriksaan dilakukan di lapangan, kami akan memeriksa pemakaian pelitup muka, penyediaan hand sanitizer dan QR kod MySejahtera.

"Kami sering mengingatkan para pengusaha agar sentiasa melakukan sanitasi di dalam kenderaan mereka dalam usaha mengekang penularan wabak berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: