Kondominium jadi pusat judi online diserbu

Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium semalam.
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas menyerbu sebuah unit kondominium yang dijadikan sebagai ‘calling center’ di Taman Bukit Ria, Cheras di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) menyerbu kondominium berkenaan pada jam 1.45 petang.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis menahan 16 lelaki warga tempatan, lapan lelaki dan seorang wanita warga China.

"Siasatan mendapati premis tersebut merupakan pusat panggilan yang menjalankan aktiviti perjudian dalam talian untuk pasaran di China.

“Sindiket yang didalangi oleh warga China itu menggunakan aplikasi WeChat untuk menghubungi pelanggan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, premis itu beroperasi selama 12 jam setiap hari bermula pada jam 12 tengah hari.

"Gaji pekerja dianggarkan RM3,000 sebulan, sindiket akan mengawal komputer utama dan telefon bimbit untuk aktiviti perjudian itu," katanya.

Katanya, dalam serbuan itu, 60 telefon bimbit pelbagai jenama, 26 komputer riba dan beberapa peralatan komputer dirampas.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.