Pejuang ucap selamat maju jaya kepada Maszlee

Amiruddin Hamzah
Amiruddin Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengucapkan selamat maju jaya kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik selepas beliau menarik diri daripada parti baharu pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Setiausaha Agung Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada bekas Menteri Pendidikan itu atas sumbangan yang diberi selama ini.

“Pejuang mengucapkan selamat maju jaya dalam segala usaha beliau yang akan datang,” katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Maszlee keluar parti Pejuang

Maszlee Malik hari ini mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Pejuang.

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Simpang Renggam.

Artikel Berkaitan: