Mayat budak lemas ditemui di perairan Indonesia

Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di perairan Indonesia hari ini dipercayai salah seorang yang hilang dalam kejadian di Jeti Teck Guan, Kampung Bogosong, Pulau Sebatik Jumaat lalu.
Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di perairan Indonesia hari ini dipercayai salah seorang yang hilang dalam kejadian di Jeti Teck Guan, Kampung Bogosong, Pulau Sebatik Jumaat lalu.
A
A
A

TAWAU - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di perairan Indonesia hari ini dipercayai salah seorang yang hilang dalam kejadian di Jeti Teck Guan, Kampung Bogosong, Pulau Sebatik Jumaat lalu.

Menurut sumber, mayat itu ditemui di perairan Indonesia ketika pasukan keselamatan melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik berusia lapan dan lima tahun yang dikhuatiri lemas dalam kejadian itu.

Proses membawa mayat berkenaan sedang dilakukan sebelum pengecaman identiti oleh ahli keluarga mangsa.

Sementara itu, bapa saudara kepada kedua kanak-kanak itu, Khalib Abdul Kadir, 53, berkata pihaknya menerima maklumat penemuan satu mayat di perairan Indonesia kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang berurusan dengan pihak Konsulat Indonesia untuk membawa mayat terbabit ke sini.

"Mungkin dalam tempoh satu jam dari sekarang saya dan kedua ibu bapanya dapat membuat pengecaman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi laut

10 bot penduduk bantu cari dua beradik hilang

Bagaimanapun, Khalib yakin mayat itu merupakan anak saudaranya yang hilang berdasarkan gambar yang dikirim pihak berkuasa.

"Saya tidak pasti jam berapa mereka jumpa (mayat) tetapi mungkin salah seorang daripadanya sudah ditemui dan usaha mencari seorang lagi anak saudara saya diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Nazwa Telson, 8, bersama adiknya Madsun, 5, dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika mandi di sebuah jeti di kampung berkenaan.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan, sebanyak 10 bot penduduk kampung digunakan untuk membantu mencari dua beradik terbabit di sekitar perairan kawasan berkenaan.