Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi laut

Pusat operasi diaktifkan untuk mencari dan penyelamat mangsa di kawasan Jeti Teck Guan, Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Tawau.
Pusat operasi diaktifkan untuk mencari dan penyelamat mangsa di kawasan Jeti Teck Guan, Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Dua beradik dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika mandi di Jeti Teck Guan, Kampung Bergosong, Pulau Sebatik semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Nazwa Telson, 8, bersama adiknya Madsun, 5, tidak ditemui sejak petang semalam selepas mandi bersama rakan mereka di kawasan berkenaan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tawau, Kepten V Siva Kumar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.50 malam tadi.

"Sejurus menerima maklumat itu, aset yang berada dalam sektor operasi digerakkan ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian terbabit.

"Maklumat awal yang diterima daripada keluarga terdekat mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan seorang kanak-kanak lelaki yang juga adiknya dipercayai mandi bersama dua lagi rakan mangsa sebelum dipercayai terjatuh ke dalam laut serta dibawa arus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli keluarga dan penduduk kampung memohon doa agar usaha mencari dan menyelamat dua beradik itu dipermudahkan.
Ahli keluarga dan penduduk kampung memohon doa agar usaha mencari dan menyelamat dua beradik itu dipermudahkan.

Katanya lagi, ekoran kejadian, rakan mangsa yang berada di lokasi kejadian memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarga mangsa.

"Laporan segera dibuat oleh ahli keluarga di balai polis berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Artikel Berkaitan:

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan di lokasi kejadian dan kawasan pinggir laut bersama orang awam menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dan pencarian di kawasan bakau bagaimanapun gagal ditemui," katanya.

Siva Kumar berkata, usaha SAR kemudian diteruskan hari ini melibatkan beberapa aset APMM, bot orang awam dan agensi keselamatan lain yang turut sama membantu.

"Sehingga kini, mangsa belum ditemui," katanya.