KPT harap program kebolehpasaran siswazah diperluas

(Gambar hiasan) KPT berharap program yang dicadangkan kepada Kementerian Kewangan berkaitan kebolehpasaran graduan dapat diterima dan dilaksanakan menerusi Belanjawan 2021. Gambar kecil: Datuk Dr Noraini Ahmad
(Gambar hiasan) KPT berharap program yang dicadangkan kepada Kementerian Kewangan berkaitan kebolehpasaran graduan dapat diterima dan dilaksanakan menerusi Belanjawan 2021. Gambar kecil: Datuk Dr Noraini Ahmad
A
A
A

MELAKA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berharap lebih banyak program berkaitan kebolehpasaran siswazah universiti awam dapat dilaksanakan melalui Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, program tersebut penting bagi memastikan kadar kebolehpasaran lulusan universiti awam (UA) di negara ini berada pada tahap yang tinggi sekali gus menjadi rebutan majikan atau pihak industri.

"Kita berharap pelbagai program yang dicadangkan KPT kepada Kementerian Kewangan berkaitan kebolehpasaran graduan dapat diterima dan dilaksanakan menerusi Belanjawan 2021.

"Ia juga diharap dapat memberi manfaat kepada generasi muda terutama mereka yang sedang belajar di UA dan swasta di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka ​​​​​​sempena sambutan Hari Lahir Ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri di sini hari ini.

Pada istiadat berkenaan, Noraini dan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, masing-masing menerima Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri.

Dalam pada itu, Noraini berkata, penganjuran program melibatkan univerisiti awam di negara ini pada masa depan akan mengambil kira pemegang taruh yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan, pelajar dan ibu bapa bagi memastikan ia mencapai sasaran atau objektif yang ditetapkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: