Belanjawan 2021: Kepentingan rakyat atasi kepentingan lain, kata PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perutusan khas, berhubung situasi semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung di kediamannya hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perutusan khas, berhubung situasi semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung di kediamannya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen diseru untuk mengetepikan perbezaan politik untuk memastikan Belanjawan 2021 dapat diluluskan di Dewan Rakyat Jumaat ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam tempoh sukar ini, kepentingan rakyat dan negara perlu diberi keutamaan.

"Marilah kita letakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain.

"Satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk membolehkan Bajet 2021 diluluskan dengan sokongan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang," katanya ketika menyampaikan perutusan khas perkembangan semasa Covid-19 yang disiar secara langsung stesen televisyen tempatan sebentar tadi.

Menurutnya, Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin beri jaminan Belanjawan 2021 ringan beban rakyat

Jelasnya, usaha membendung penularan wabak itu juga memerlukan sokongan semua pihak dan sama-sama membantu memulihkan ekonomi negara.

"Saya ingin mengajak semua pihak termasuk ahli politik, pemimpin masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan, belia, mahasiswa dan seluruh lapisan masyarakat supaya bersatu hati, berganding bahu dan berpadu tenaga untuk melawan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Saya berdoa mudah-mudahan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita segera berakhir dan kita semua dijauhi daripada sebarang musibah. Amin," katanya.