Muhyiddin beri jaminan Belanjawan 2021 ringan beban rakyat

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan memberi jaminan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini menyediakan inisiatif yang bakal meringankan rakyat dalam menghadapi zaman sukar ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia merangkumi pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat jelata dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

"Saya tahu ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan Covid-19.

"Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Saya mendengar

rintihan saudara dan saudari sekalian," katanya ketika menyampaikan perutusan khas perkembangan semasa Covid-19 yang disiarKAN secara langsung stesen televisyen tempatan sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam mengurus gelombang ketiga Covid-19 pada waktu ini, kerajaan juga cuba mengelakkan kesan yang terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan kesan negatif kepada ekonomi rakyat.

Sehubungan itu katanya, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang dihadapi kini.

"Matlamat kita hanyalah satu iaitu untuk menang melawan Covid-19 dan memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat sentiasa terbela," katanya.

Artikel Berkaitan: