X

Kindly register in order to view this article
!

Tindakan desak Muhyiddin letak jawatan tidak berasas

Muhamed Farid (tiga dari kiri) meluangkan masa berbual dengan penduduk di Kampung Sri Cemerlang di sini hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Tindakan sesetengah pihak yang mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melepaskan jawatannya adalah tidak berasas.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia, Datuk Muhamed Farid Muhamed Zawawi berkata, kehebatan Muhyiddin perlu dinilai daripada kepimpinannya mengemudi negara ketik berdepan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Kita lihat sudut kepimpinan dan penerimaan rakyat kita yang melebihi 30 juta ini. Apa yang kita dengar di sosial media hanya tiga empat orang yang suruh berhenti.

"Adakah patut kita dengar suara tiga, empat orang ini daripada puluhan juta yang lain? Bagi saya, permintaan untuk melepaskan jawatan itu tidak berasas dan boleh disifatkan sebagai kepentingan peribadi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau melakukan 'walk-about" di kawasan Kampung Sri Cemerlang di sini dan menyampaikan bantuan keperluan harian kepada 15 keluarga setinggan yang tinggal di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Bersatu Bahagian Kota Bharu itu juga memberitahu, majoriti yang menyokong Muhyiddin dalam UMNO juga tinggi termasuk mereka yang terdiri daripada ‘silent majoriti’.

Mengulas mengenai beberapa pendapat yang mahu PRU diadakan selepas selesai isu Covid-19, katanya, PRU perlu diadakan mengikut waktu yang sesuai dan semua pihak masih belum pasti bila isu pandemik ini dapat diselesaikan.

“Insya-ALLAH bila ada vaksin nanti, mungkin tiba masanya yang sesuai untuk kita buat PRU atau sebagainya,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!