X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tahan lelaki warga emas pandu kereta lawan arus

Rakaman kereta yang dipandu seorang lelaki warga emas melawan arus tular di media sosial hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki warga emas kerana memandu kereta secara melawan arus di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang, tindakan pemandu berusia 73 tahun itu turut mengakibatkan dua kemalangan di lebuh raya terbabit.

"Sebuah kereta Honda City terbabas dan terbalik kerana cuba mengelak kereta Perodua Kelisa yang dipandu suspek di kilometer (KM) 3.1 menghala ke pusat bandar Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharudin berkata, kereta yang dipandu suspek kemudian melanggar sebuah Perodua Myvi di KM6.6 lebuh raya terbabit.

"Pemandu kereta Honda City yang cedera telah dibawa ke sebuah hospital swasta, manakala suspek dan pemandu Perodua Myvi pula tidak mengalami kecederaan," katanya.

Baharudin berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Sek 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu.

Kejadian tersebut turut dirakamkan seorang pengguna jalan raya yang menjadi tular di laman sosial hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!