Dua kakitangan Ketengah positif Covid-19

Ibu pejabat Ketengah di Bandar Al Muktafi Billah Shah ditutup bagi proses sanitasi selepas dua kakitangannya disahkan positif Covid-19.
Ibu pejabat Ketengah di Bandar Al Muktafi Billah Shah ditutup bagi proses sanitasi selepas dua kakitangannya disahkan positif Covid-19.
A
A
A

DUNGUN - Ibu pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini ditutup selama 14 hari bermula 27 Oktober berikutan dua kakitangannya disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penutupan itu selaras dengan Notis Perintah Penutupan Premis Bagi Kawalan Perebakan Penyakit Berjangkit dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

"Semua kakitangan di ibu pejabat diarah bekerja dari rumah bermula 27 Oktober hingga 9 November.

"Ia bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan secara menyeluruh serta memastikan premis pejabat selamat diduduki," katanya.

Artikel Berkaitan: