Pengambilan tanah bandar raya getah selesai

Azman melawati salah satu ruang pameran di Dewan Al Hana Sik
Azman melawati salah satu ruang pameran di Dewan Al Hana Sik
A
A
A

SIK- Pengambilan tanah bagi projek pembinaan Bandar Raya Getah di daerah Padang Terap sudah selesai.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama, Azman Nasrudin berkata, usaha kini memfokuskan membangunkan infrastruktur di sana di samping menarik pemain-pemain industri.

"Kerajaan persekutuan menguruskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), manakala kerajaan negeri menjadi medium pemudahcara.

"Kita harap agensi kerajaan persekutuan dapat menarik pelabur-pelabur dengan segera untuk membuka kilang berkaitan getah," katanya dalam sidang media selepas tamat perjumpaan bersama penoreh getah di Dewan Al Hana, Padang Awam Sik, hari ini.

Beliau berkata, Kedah berharap infrastruktur asas dapat disiapkan dalam penggal ini.

"Pembangunan bandar raya getah ini telah dirancang lama tetapi agak terganggu sebelum ini. Ia bukan kerana kerajaan hari ini, tetapi sebelum kerajaan Pakatan Harapan juga perkara ini telah disebut.

"Insya-ALLAH sama-sama kita berdoa agar pembinaannya dapat disegerakan agar manfaat diperolehi rakyat khusus buat penoreh getah," katanya.

Artikel Berkaitan: