Keadaan di Penjara Alor Setar masih terkawal

Raja Mohd Amazon (kanan) menceritakan situasi penghuni Penjara Alor Setar kepada Tuan Kamarul Arief (tengah) dan Najmi (kiri) sebelum menerima sumbangan Yadim di Alor Setar hari ini.
Raja Mohd Amazon (kanan) menceritakan situasi penghuni Penjara Alor Setar kepada Tuan Kamarul Arief (tengah) dan Najmi (kiri) sebelum menerima sumbangan Yadim di Alor Setar hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Waris kepada penghuni di Penjara Alor Setar tidak perlu risau kerana keadaan dan kawalan terhadap pandemik koronavirus (Covid-19) di penjara tersebut berada pada tahap yang terkawal.

Pengarah Penjara Alor Setar, Raja Mohd Amazon Raja Daud berkata, banyak pihak tampil untuk membantu meringankan beban yang sedang dihadapi oleh pihaknya berikutan penularan Covid-19 bagi Kluster Tembok.

Menurutnya, beliau bersyukur kerana ramai pihak yang prihatin dengan keadaan mereka yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilanjutkan sehingga 1 November ini.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang datang menyampaikan sumbangan.

"Alhamdulillah keadaan terkini terkawal dan semua pihak membantu kita sepenuhnya. Jadi ahli keluarga (di luar sana) tidak perlu risau dengan keadaan kami di sini," katanya ketika ditemui di hadapan pos pengawal Penjara Alor Setar selepas Program Muassadah Yadim di sini hari ini.

Sumbangan berupa makanan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada wakil kerajaan negeri, Exco Agama dan Pendidikan, Datuk Najmi Ahmad sebelum diserahkan kepada Penjara Alor Setar.

Dalam pada itu, Raja Mohd Amazon berkata, keperluan bagi menguruskan pandemik Covid-19 seperti peralatan perlindungan diri (PPE), cecair pembasmi kuman dan pelitup muka masih lagi mencukupi.

"Barangan keperluan yang diagihkan melibatkan 300 keluarga di Penjara Pokok Sena, 150 keluarga di Penjara Alor Setar dan 150 keluarga di Penjara Sungai Petani dengan jumlah peruntukan sebanyak RM30,000," katanya.

Artikel Berkaitan: