Belanjawan 2021 perlu utamakan langkah tangani Covid-19

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang berharap Belanjawan 2021 akan memperuntukkan sumber yang mencukupi bagi menangani pandemik koronavirus (Covid-19).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, belanjawan negara yang akan dibentangkan tidak lama lagi perlu mengutamakan bantuan kepada sektor kesihatan awam selain pemulihan ekonomi.

Beliau berharap, lebih banyak bantuan kewangan dan moratorium diberikan bagi membantu orang ramai serta membuka peluang baharu untuk pemulihan terutama kepada mereka yang terjejas dari segi pendapatan akibat pandemik itu.

“Kami berharap dengan adanya bantuan yang diumumkan dalam belanjawan negara ini, permulaan tahun depan akan membawa kepada situasi lebih baik,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Belanjawan 2021 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 November. - Bernama

Artikel Berkaitan: