Turki bidas Charlie Hebdo siar kartun Erdogan

Penduduk membantah tindakan majalah Charlie Hebdo menyiarkan kartun Naib Muhammad SAW di Istanbul, Turki. - Foto AFP
Penduduk membantah tindakan majalah Charlie Hebdo menyiarkan kartun Naib Muhammad SAW di Istanbul, Turki. - Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Turki semalam mendakwa majalah satira mingguan Perancis, Charlie Hebdo mengamalkan 'budaya rasis' kerana menyiarkan kartun yang menyindir Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

"Kami mengutuk usaha paling menjelikkan daripada penerbitan ini yang menyebarkan budaya rasis dan kebencian.

"Agenda anti-Muslim Presiden Perancis, (Emmanuel) Macron membuahkan hasil! Carlie Hebdo telah menyiarkan satu siri dengan apa yang dipanggil sebagai kartun dipenuhi dengan imej keji kononnya sebagai presiden kami," kata pembantu utama Erdogan, Fahrettin Altun menerusi Twitter.

Muka depan karikatur untuk edisi hari Rabu majalah Charlie Hebdo disiarkan secara dalam talian malam semalam yang menunjukkan Erdogan memakai bagi-T dan seluar dalam, meminum satu tin bir dan menyingkap skirt seorang wanita berhijab.

Campur tangan majalah tersebut dalam penyiaran kartun itu meningkatkan lagi 'peperangan' ayat antara Erdogan dengan Macron dan beberapa pemimpin Eropah lain selepas kepala seorang guru di Perancis, Samuel Paty dipenggal oleh seorang remaja etnik Chechen berusia 18 tahun, Abdullakh Anzorov yang kemudian mati ditembak polis.

Recep Tayyip Erdogan
Recep Tayyip Erdogan

Sebahagian kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW itu pernah disiarkan Charlie Hebdo sebelum ini.

Namun, ia ditunjukkan oleh Paty di dalam kelasnya yang mengajar kebebasan bersuara menyebabkan satu kempen bagi menyingkirkannya dari sekolah tersebut dibuat secara odalam talian dan kepala beliau dipenggal pada 16 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, satu serangan ke atas pejabat majalah tersebut oleh sekumpulan pejuang jihad telah menyebabkan 12 orang terbunuh termasuk pelukis kartun ternamanya.

Tindakan Macron mempertahankan Charlie Hebdo dan komennya baru-baru ini yang menyatakan Islam "dalam krisis" telah menyebabkan Erdogan mendesak rakyat Turki supaya memboikot produk Perancis di tengah-tengah protes anti-Perancis di negara majoriti penduduk Muslim.

Presiden Perancis itu juga berikrar akan kekal dengan tradisi sekular negaranya dan undang-undang yang menjamin kebebasan bersuara sekali gus membenarkan penerbitan majalah antiagama iaitu Charlie Hebdo menyiarkan kartun Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, pada awal semalam, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mempertahankan tindakan ahli politiknya, Geert Wilders selepas Erdogan mengemukakan tindakan undang-undang ke atasnya.

Tindakan undang-undang itu adalah kerana Wilders berkongsi kartun Presiden Turki tersebut yang memakai topi era empayar Uthmaniyah berbentuk seperti sebutir bom menerusi Twitter.

Sebelum ini, para pemimpin Eropah termasuk Canselor Jerman, Anglea Merkel telah mempertahankan Macron selepas Erdogan menyatakan mental Presiden Perancis itu perlu diperiksa.

"Terdapat komen berbentuk fitnah yang tidak dapat diterima terutamanya yang berkaitan dengan pembunuhan dahsyat guru Perancis, Samuel Paty oleh fanatik Islam," kata jurucakap Merkel, Steffen Seibert. - AFP