X

Kindly register in order to view this article
!

Rusuhan ganas menjelang Pilihan Raya Presiden AS

Sejumlah penunjuk perasaan berhimpun selepas seorang lelaki kulit hitam mati ditembak polis di Philadelphia semalam. - Foto AFP
A
A

NEW YORK - Ratusan penduduk menunjuk perasaan lewat semalam dengan mencuri dan melakukan keganasan di Philadelphia pada hari kedua kekecohan selepas polis menembak seorang lelaki berkulit hitam di Amerika Syarikat (AS).

Jabatan polis AS memberi amaran menerusi Twitter bahawa 'sejumlah besar' orang iaitu kira-kira 1,000 penduduk telah mencuri di kawasan Castor dan Aramingo sekali gus menasihatkan penduduk menjauhi tempat itu.

Imej-imej dari sebuah helikopter menunjukkan sebahagian orang memecahkan dan mencuri kedai Foot Locker dan lain-lain perniagaan.

Seorang wartawan AFP di sebuah lokasi yang berbeza di barat Philadelphia iaitu tempat kira-kira 1,000 orang berkumpul telah menyaksikan anggota-anggota polis bersenjata baton bertempur dengan puluhan penunjuk perasaan.

Gabenor Pennsylvania, Tom Wolf mengumumkan penempatan ratusan Pengawal Kebangsaan ke bandar raya tersebut bagi 'melindungi hak perhimpunan aman dan protes ketika memastikan orang ramai selamat'.

Tunjuk perasaan ganas itu berlaku sehari selepas kematian seorang lelaki kulit hitam, Walter Wallace, 27, yang mana keluarganya berkata, beliau mengalami masalah kesihatan mental.

Pada Isnin lalu, ratusan penunjuk perasaan turun ke jalanan dengan anggota polis pencegah rusuhan menghalang mereka dengan baton.

"Terdapat banyak kekeliruan kenapa polis menembak mati lelaki muda," kata seorang artis berusia 25 tahun, Ezra Alidow semalam.

Lebih 90 tangkapan dilakukan pada hari pertama tunjuk perasaan di bandar raya berkenaan pada Isnin lalu manakala 30 anggota polis cedera termasuk seorang daripada mereka selepas kakinya patah akibat dilanggar dengan sebuah trak.

AS telah dilanda dengan satu gelombang protes dan rusuhan sejak pembunuhan seorang lelaki kulit hitam, George Floyd pada Mei lalu di Minnesota apabila satu rakaman video menunjukkan seorang pegawai polis menekan lututnya pada leher Floyd yang

bergari sehingga beliau tidak bermaya.

Ramai penunjuk perasaan menuduh polis melakukan keganasan dan bersifat perkauman di negara berkenaan.

Media-media tempatan melaporkan dua pegawai polis menembak Wallace kira-kira jam 4 petang waktu tempatan pada hari Isnin lalu selepas beliau enggan meletakkan sebilah pisau ketika ibunya cuba untuk menenangkannya.

Rakaman video pada telefon bimbit yang tersebar di media sosial menunjukkan lelaki tersebut menolak ibunya dan berjalan ke arah polis.

"Letakkan pisau ke bawah," jerit seorang pegawai polis sebelum beliau ditembak. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!