Orang ramai berswafoto di lokasi kebakaran, ganggu operasi bomba

Orang ramai sibuk merakam kejadian kebakaran di tapak pameran industri India di Hyderabad.
Orang ramai sibuk merakam kejadian kebakaran di tapak pameran industri India di Hyderabad.
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Polis terpaksa menggunakan kekerasan bagi menyuraikan orang ramai yang berkumpul bagi menyaksikan kebakaran di sebuah tapak pameran industri di Hyderabad, semalam.

Ketika api sedang marak, orang ramai terutamanya remaja mula berkumpul di lokasi kejadian sambil mengeluarkan telefon pintar masing-masing dan mula berswafoto.

Tindakan mereka mengganggu kelancaran bomba dan melambatkan operasi memadam kebakaran.

"Arahan untuk berpindah ke kawasan lebih selamat tidak dipedulikan.

"Sebaliknya mereka mula berswafoto dan merakam kejadian di hadapan bangunan yang sedang terbakar," kata polis. - Agensi

Artikel Berkaitan: