Azmin dilantik Pengerusi MTNg Kelantan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Pelantikan itu disahkan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan pelantikan Mohamed Azmin menerajui jawatan tersebut.

“MTNg bertindak sebagai platform penyelarasan utama bagi keputusan dasar berkaitan penyelarasan, perancangan, pemantauan dan pengesanan dan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri.

“Majlis ini akan bermesyuarat setiap suku tahun. Bagi memastikan segala projek pembangunan yang telah dirancang untuk Kelantan berjalan lancar, Kerajaan Persekutuan berharap kerajaan negeri memberi kerjasama sepenuhnya.

“Ini penting dalam memastikan usaha keras Kerajaan Persekutuan untuk membawa pembangunan fizikal dan insaniah ke seluruh jajahan di Kelantan akan dapat memberikan impak optimum,” memetik kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Persekutuan komited melonjakkan pembangunan Kelantan apabila negeri itu diletakkan sebagai salah sebuah negeri yang diberi keutamaan dalam pengagihan peruntukan pembangunan.

“Ia seperti yang dinyatakan dalam Tonggak Ke III Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (2018-2020),” katanya.

Artikel Berkaitan: