X

Kindly register in order to view this article
!

'Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin'

Pengamal media yang masih menunggu hasil mesyuarat BN di Menara Dato Onn hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tidak akan mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), kata sumber dalaman parti itu hari ini.

"Ini termasuk dalam kalangan 26 Ahli Parlimen BN yang diberikan jawatan oleh Muhyiddin. Mereka juga tidak akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

"Jadi mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN hari ini tidak akan memihak kepada Muhyiddin apabila ramai Ahli Parlimen BN bertegas dengan pendirian tidak mahu menyokong Muhyiddin," kata sumber terbabit.

Hari ini berlangsung mesyuarat membabitkan Ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn di sini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan darurat oleh Perdana Menteri semalam.

Antara yang dilihat hadir termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Turut kelihatan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan hadir lebih awal.

Untuk rekod, BN mempunyai seramai 39 Ahli Parlimen.

Dakwaan menjadi lebih kukuh apabila Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut membayangkan perkara sama ketika ditemui media sejurus tiba di Bangunan Dato Onn di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, mesyuarat BN hari ini akan memberi tumpuan kepada gesaan agar Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan kegagalannya untuk mengisytiharkan darurat.

"Itulah yang sedang kita bincangkan, namun saya ingin mendengar kedudukan BN terlebih dahulu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!