X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Agong, Raja-Raja Melayu prihatin kebimbangan rakyat: ABIM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melambai kepada pengamal media pada keberangkatan tiba ke Istana Negara bagi Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu semalam. Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatkan keputusan menolak cadangan pengisytiharan darurat menggambarkan ketegasan dan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja-Raja Melayu terhadap suara rakyat.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, keputusan tersebut juga merupakan manifestasi dukungan Seri Paduka Baginda kepada keutuhan sistem demokrasi.

Menurutnya, mekanisme semak dan imbang kuasa cabang eksekutif yang dijamin undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan itu perlu dihormati serta tidak sewenang-wenangnya diketepikan mana-mana pihak.

“Rakyat menyuarakan kebimbangan mengenai kesan buruk yang bakal dihadapi sekiranya darurat diisytiharkan.

“Keputusan tersebut juga satu titah yang menunjukkan kebijaksanaan dan keyakinan Seri Paduka Baginda kepada keupayaan petugas barisan hadapan khususnya penjawat awam kesihatan yang bertungkus-lumus meredakan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Justeru, ABIM menyeru seluruh rakyat untuk bersama-sama meneruskan keteladanan yang tinggi dengan mematuhi setiap saranan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!