Kerajaan PN sambut baik nasihat Agong pastikan kestabilan kerajaan

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan Perikatan Nasional menjunjung kasih di atas kepercayaan Yang di-Pertuan Agong kepada kerajaan dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai titah Seri Paduka Baginda.

"Jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat Seri Paduka Baginda bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

"Jemaah Menteri berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, keutamaan jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: