UMNO mahu semua parti politik rapatkan saf, beri tumpuan tangani Covid-19

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu seluruh kepimpinan parti politik untuk merapatkan saf di semua peringkat dan memberikan tumpuan untuk sama-sama menangani penularan pandemik Covid-19 demi kejeahteraan rakyat

Beliau berkata, UMNO menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja-raja Melayu atas kebijaksanaan dan kearifan baginda dalam mendepani kemelut politik negara.

"Sejajar dengan titah dan harapan Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku serta selaras dengan hasrat UMNO yang mengajak kepada gencatan politik, saya berharap seluruh kepimpinan parti politik merapatkan saf di semua peringkat dan seterusnya memberi tumpuan untuk sama-sama menangani penularan pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Ahmad Zahid berkata, ibrah episod tersebut jelas mendidik semua pihak bahawa dalam melaksanakan sebarang langkah besar yang hendak dilakukan oleh kerajaan memerlukan proses musyawarah dan penglibatan secara konsensus semua pihak.

"Justeru, sewajarnya dimulakan satu inisiatif rekonsiliasi nasional yang merangkumi agenda politik, ekonomi, sosial dan keselamatan.

"Rakyat perlu menjadi keutamaan ketika ini. Usaha bersunguh-sungguh hendaklah dijelmakan dalam mencari keseimbangan antara mengurus wabak Covid-19 dan kehidupan ekonomi rakyat," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar kepimpinan politik perlulah benar-benar ikhlas dalam menjayakan cita-cita tersebut.

"Saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong dan berdoa semoga Allah terus mengurniakan kesihatan serta afiat buat Seri Paduka Baginda," katanya.

Artikel Berkaitan: