Maahad Muhammadi Pasir Pekan jadi pilihan

Sebahagian pelajar dan warga pendidik Maahad Muhammadi Pasir Pekan yang sentiasa menitikberatkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek.
Sebahagian pelajar dan warga pendidik Maahad Muhammadi Pasir Pekan yang sentiasa menitikberatkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek.
A
A
A

TUMPAT - Kecemerlangan pelajar Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Sekolah Model Berprestasi Tinggi di sini tidak dapat dinafikan lagi dan menjadi institusi pilihan ibu bapa menghantar anak mereka menyambung pengajian peringkat menengah.

Mudirnya, Pahruddin Karimi Che Muhammad berkata, Maahad Muhammadi Pasir Pekan merupakan maahad kawalan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan terletak di Pasir Pekan, Kelantan.

Menurut beliau, sekolah tersebut yang menempatkan kesemua 855 pelajar perempuan itu pada asalnya mempunyai tiga bangunan utama iaitu pentadbiran dan dua bangunan kelas.

“Bagaimanapun, satu bangunan baharu telah dibina bagi menampung kapasiti pelajar yang semakin bertambah saban tahun hasil daripada kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik dan juga kokurikulum,” katanya di sini semalam.

Berkongsi pencapaian membanggakan yang dicapai, Pahruddin Karimi berkata, maahad berkenaan pernah mendapat Anugerah Maahad Pilihan Terbaik tiga tahun berturut-turut bermula tahun 2016, 2017 dan 2018.

Katanya, antara pembudayaan di maahad tersebut adalah bacaan al-Quran pada setiap pagi, solat berjemaah, usrah mingguan atau bulanan selain menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa utama dan keutamaan sahsiah serta akademik.

Artikel Berkaitan: