X

Kindly register in order to view this article
!

Kajian UCSI: Rakyat yakin cara kerajaan kendali Covid-19

Chuen Khee
A
A

KUALA LUMPUR - Kajian dijalankan Pusat Penyelidikan Undian UCSI mendapati rakyat yakin dengan cara kerajaan Perikatan Nasional mengendalikan isu-isu berkaitan dengan koronavirus (Covid-19).

Pengarah pusat penyelidikan itu, Profesor Madya Dr Pek Chuen Khee dalam satu kenyataan berkata, keyakinan masyarakat terhadap kerajaan nampak positif dalam tinjauan yang dijalankan universiti itu terhadap 1,166 responden.

“Sejumlah 63.3 peratus (responden) sangat yakin dengan pemerintah semasa, sementara 36.7 peratus mengatakan sebaliknya.

"Kami tidak pasti adakah sentimen ini akan bertahan atau berkurang setelah beberapa pengumuman dibuat kerajaan dalam masa beberapa hari ini berkaitan prosedur operasi standard (SOP), arahan kerja dari rumah dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu memberi perhatian terhadap perkara itu dan jika perlu menanganinya dengan sewajarnya.

Menurut Chuen Khee, kajian yang sama menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa satu jawatankuasa bersama kerajaan terdahulu perlu diadakan bagi membanteras pandemik berkenaan.

“Sejumlah 75.9 peratus responden bersetuju, sementara 24.1 peratus mengatakan sebaliknya,” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!