Datuk Seri Siti Nurhaliza, individu paling ramai jumlah pengikut

Siti Nurhaliza - Foto Instagram Datuk Siti Nurhaliza
A
A

JIKA sebelum ini pelakon dan pengacara, Neelofa menjadi individu yang paling ramai jumlah pengikut di Instagram, terbaru kedudukan tersebut menjadi milik Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ketika artikel ditulis, jumlah pengikut Instagram Siti mencecah 5,983,530 orang sekali gus menjadikan penyanyi Anta Permana ini sebagai individu no. 1 di Malaysia yang mempunyai pengikut paling ramai.

Sementara itu, Neelofa berada di tangga kedua dengan jumlah pengikut seramai 5,978,192, dan diikuti pelakon Nora Danish dengan jumlah 5,768,373.

Siti kini sibuk dengan persiapan konsert jelajahnya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live On Tour di beberapa negara sepanjang tahun ini.