Masih ramai pengguna jalan raya Malaysia pentingkan diri

No Image Caption
A
A
A

MERAK Jalanan yakin majoriti orang ramai mempunyai pengalaman bertemu dengan pengguna jalan raya yang sangat mementingkan diri.

Baru-baru ini ketika Merak Jalanan dalam perjalanan ke pejabat di Shah Alam, Merak Jalanan melihat satu peristiwa yang sepatutnya boleh dielakkan jika ada sikap bertolak ansur.

Hampir tiba di plaza tol, Merak Jalanan melihat dua kenderaan seakan-akan tidak sabar untuk masuk ke dalam laluan tol Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). Semakin dekat, kedua-dua kenderaan itu semakin berlumba-lumba dan tidak mahu mengalah.

Setibanya di laluan tol RFID, sangkaan Merak Jalanan tepat sekali dan kedua-dua kenderaan itu pun berlanggar. Nasib baik kenderaan ini tidak berpusing atau melanggar kereta lain.

Pengajaran yang boleh kita dapat daripada insiden itu ialah sikap sabar di atas jalan raya amat penting dan kita tidak rugi sedikit pun jika memberi laluan kepada orang lain.

Selain itu, Merak Jalanan juga ingin menegur sikap sesetengah pemandu yang susah sangat menggunakan lampu isyarat jika mahu membelok. Susah sangatkah mahu menggerakkan tangan dan menolak tombol di tepi stereng kereta itu?

Satu lagi pengguna jalan raya yang Merak Jalanan mahu tegur ialah mereka yang tidak sabar keluar simpang walaupun kenderaan sudah terlalu dekat.Hampir setiap hari kita boleh lihat kemalangan berpunca daripada sikap tidak sabar ini. Sudahlah tidak sabar keluar simpang, bila sudah keluar kenderaan pula amat perlahan!

Akhir sekali, Merak Jalanan mahu menasihatkan ‘rider-rider’ di luar sana agar sentiasa mengikut undang-undang jalan raya.

Artikel Berkaitan:

Janganlah langgar lampu merah dan jangan pula melawan arus walaupun kenderaan lain tiada. Jika kita mempunyai sikap sabar di atas jalan raya, Insya-ALLAH kemalangan boleh dikurangkan.