PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Unit Siasatan Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman merupakan antara tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 23 November depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataannya berkata, Mohd Fazley akan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

Mohd Fazley menggantikan Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar yang akan bertukar ke Superintendan Pengajian Pengurusan Bencana, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Satu lagi pertukaran menyaksikan Superintendan Sekretariat Tetap ASEANAPOL, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman Superintendan Hoo Chang Hook dilantik ke jawatan Ketua Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan. - Bernama

Artikel Berkaitan: