X

Kindly register in order to view this article
!

1,259 pelajar positif Covid-19 sejak gelombang ketiga

Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 1,259 pelajar positif koronavirus (Covid-19) sejak gelombang ketiga melanda negara ini pada September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 587 murid adalah berumur antara tujuh hingga 12 tahun.

"Seramai 670 pelajar pula adalah berumur 13 hingga 18 tahun di sekolah menengah," katanya.

Menurutnya, sejak Februari hingga 21 Oktober, sebanyak 830 kes positif Covid-19 direkodkan melibatkan murid sekolah rendah manakala 1,315 membabitkan pelajar sekolah menengah.

"Sebanyak 12 buah sekolah terkesan dengan penularan Covid-19," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di Negeri Sembilan terdapat tiga buah sekolah ditutup selepas disahkan mempunyai Kluster Cahaya, Sophie dan Bah Manggis.

"Di Johor pula tiga buah sekolah melibatkan dua kluster iaitu Kluster Simera dan Rinting," katanya.

Katanya, dua sekolah terkesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan Kluster Pantai dan Kluster Long.

"Sementara masing-masing satu di Pulau Pinang (Kluster Alma), Putrajaya (Kluster Selasih) dan Sarawak (Kluster Bah Arnab)," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!