X

Kindly register in order to view this article
!

Nama Ahmad Maslan disebut sebagai Menteri Kewangan II

Ahmad Maslan
A
A

PONTIAN- Senarai nama barisan Kabinet dan pengumuman pembentukan Kabinet baharu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tular di media sosial dilihat sebagai spekulasi yang tidak mempunyai kebenaran.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau juga terkena tempias apabila namanya diletakkan sebagai Menteri Kewangan II dan Menteri Jabatan Perdana Menteri bagi tugas- tugas khas dalam senarai nama Kabinet baharu yang tular itu.

"Apa yang ditularkan di media sosial itu sudah beberapa siri. Ada siri dengan gambar menteri dan nama menteri.

"Itu hanya spekulasi yang saya lihat langsung tiada kebenarannya walaupun dalam spekulasi itu ada nama saya, dua kali saya disebut sebagai Menteri Kewangan II dan terbaharu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi tugas- tugas khas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Pengarah Hospital Pontian, Dr Iszaid Idris di sini hari ini.

Terdahulu tular senarai nama Kabinet baharu dan pengumuman pembentukan Kabinet baharu kerajaan Perikatan Nasional sejak beberapa minggu lalu.

Senarai nama Kabinet baharu yang tular itu turut meletakkan perkataan embargo dan tarikh pengumuman barisan Kabinet baharu PN.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!