X

Kindly register in order to view this article
!

Laos dilanda banjir terburuk sejak 42 tahun

Lapan daerah di wilayah tengah Savannakhet, Loas, dilanda banjir buruk.
A
A

VIENTIANE - Hujan berterusan menyebabkan lapan daerah di wilayah tengah Savannakhet, Loas, dilanda banjir buruk, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Banjir itu disifatkan yang terburuk pernah melanda sejak 42 tahun tahun, di kawasan bersempadan dengan wilayah Quang Tri, Vietnam.

Sejak 16 Oktober, hujan tidak berhenti mengakibatkan paras air sungai Sekong, Xe Banghieng dan Sepon melimpah menenggelamkan ribuan hektar sawah dan kawasan pertanian, lapor media tempatan memetik Ketua daerah Sepon, Vongsavan Viengmany.

Paras air di tasik hidrokuasa Selanong di daerah Meuang Phin dan Meuang Nong juga berada pada paras bahaya.

Menurut Pusat Meteorologi Laos, hujan lebat diramal berterusan satu atau dua hari lagi di kebanyakan kawasan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!