Polis Terengganu sasar 500 tangkapan penagih tegar tahun ini

Papan iklan Jihad Dadah dinaikkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sebagai pemberitahuan kepada masyarakat bahawa polis Terengganu komited dalam memastikan penagih tegar dikurangkan. (Gambar kecil: Roslee Chik)
Papan iklan Jihad Dadah dinaikkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sebagai pemberitahuan kepada masyarakat bahawa polis Terengganu komited dalam memastikan penagih tegar dikurangkan. (Gambar kecil: Roslee Chik)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mensasarkan 500 tangkapan penagih tegar sepanjang tahun ini dalam usaha membersihkan dan menjadikan negeri ini bebas daripada penagihan dadah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, 'Jihad Dadah' digunakan sebagai satu terma yang menyatakan ia adalah satu tindakan bersungguh-sungguh dan komited dalam memastikan penagih tegar dikurangkan.

Beliau berkata, ini kerana penagih tegar inilah yang mempengaruhi remaja dan penagih baharu untuk terus mengambil dadah walaupun mereka masih mempunyai peluang dipulihkan melalui program pemulihan disediakan.

"Dalam konteks membersihkan negeri ini daripada penagih tegar, polis kini memperhebatkan tangkapan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Kita akan pastikan operasi ini dibuat sekerap yang mungkin.

"Dari awal tahun sehingga semalam, polis berjaya menahan seramai 248 pesalah tegar dan berulang yang berpotensi untuk dituduh di bawah Seksyen 39C ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan dikenakan sebatan tidak lebih daripada tiga sebatan," katanya kepada pemberita hari ini.

Roslee berkata, selain itu, kerjasama bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan diteruskan bagi memastikan selain penguatkuasaan, program pemulihan juga perlu kerana penagih yang bukan kategori penagih tegar masih mempunyai peluang untuk dipulihkan dan kembali kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan: