X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Rombak Kabinet elak gencatan politik

Dr Sara Chinnasamy
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka melakukan rombakan Kabinet sekiranya beliau berjaya mencapai kata sepakat dengan beberapa parti politik susulan kemelut dalaman kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, konsensus politik dapat mengelak gencatan politik.

Pada masa sama, beliau berkata, Muhyiddin dapat memberi perhatian penuh terhadap usaha kerajaan mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan ekonomi.

“Tidak perlu gencatan politik tetapi yang penting konsensus politik yang sudah tentunya membawa kepada rombakan Kabinet.

“Cadangan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah satu proses perundingan untuk kelangsungan pemerintahan kerajaan.

“Rakyat akan memahami proses tersebut kerana fokus utama sekarang adalah Covid-19 maka jangan bahayakan kesihatan awam sehingga taksub dengan politik,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut Sara, berkata, rombakan Kabinet adalah lebih sesuai dilakukan ketika negara sedang bergelut dengan Covid-19 meskipun pembubaran Parlimen dilihat lebih adil.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin politik perlu bersabar dan tidak memberi tekanan sehingga berlakunya gencatan politik.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!