X

Kindly register in order to view this article
!

Polis bantuan tunda, jual kereta tersadai digantung tugas

Gara-gara menunda dan menjual sebuah kereta Proton Iswara Aeroback milik individu lain yang tersadai di hadapan surau di Batu Caves, seorang polis bantuan lebuh raya ditahan polis, bagi membantu siasatan. Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis bantuan lebuh raya disyaki menunda dan menjual sebuah kereta Proton Aeroback milik individu lain yang tersadai di hadapan surau di Batu Caves, di sini digantung tugas serta-merta.

Ketua Jabatan Komunikasi Litrak, Shah Rizal Mohamed Fawzi yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, suspek digantung tugas sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lengkap berhubung kes berkenaan.

“Pihak Lebuhraya Sprint ingin menegaskan bahawa kami tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana individu sekiranya didapati menyalahi undang-undang.

“Isu ini juga tidak akan menjejaskan operasi Pasukan Polis Bantuan Lebuhraya Sprint terutamanya perkhidmatan bantuan kepada pengguna lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan seorang polis bantuan lebuh raya ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek dipercayai bersekongkol dengan pemilik kedai barangan terpakai dengan menjual kereta yang ditunda pada harga RM500 dan menerima upah sebanyak RM100 bagi setiap kereta.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah syarikat penyuraian trafik di Petaling Jaya, pada 15 Oktober lepas.

-Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!