ADUN Beserah nafi terlibat dalam promosi skim pelaburan

Gambar Andansura yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mempromosi skim pelaburan di laman sosial.
Gambar Andansura yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mempromosi skim pelaburan di laman sosial.
A
A
A

KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu kesal apabila ada pihak menyalahgunakan gambarnya untuk mempromosi skim pelaburan yang menggunakan nama sebuah bank dipercayai melalui laman sosial Facebook.

Menurutnya, beliau menafikan terlibat dalam promosi skim pelaburan tersebut.

"Saya hanya menyedari perkara ini malam tadi apabila ada rakan-rakan menghubungi dan berkongsi gambar iklan pelaburan itu.

"Pagi ini pun saya dihubungi banyak pihak bertanyakan tentang hal ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Andansura berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ia kerja 'scammer' untuk memerangkap mangsa dengan menggunakan nama bank dan gambar individu tertentu termasuk gambarnya.

"Saya percaya skim pelaburan ini bukan dari bank berkenaan... pihak bank pun mungkin tidak tahu nama bank digunakan.

"Jadi saya minta semua pihak yang menerima atau melihat iklan itu supaya abaikan dan tidak tertipu dengan taktik digunakan," katanya.

Katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Artikel Berkaitan: