Luas perlu lebih efektif tangani isu pencemaran

Kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.
Kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.
A
A
A

KLANG - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) perlu bertindak serius dalam memastikan tiada lagi pencemaran air berlaku di kawasan yang menjadi punca air di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa G Gunaraj berkata, isu pencemaran berkaitan air ini bukan yang pertama berlaku dan seharusnya tindakan lebih efektif harus diambil bagi memastikan ia tidak berulang.

"Air merupakan keperluan asas untuk semua dan bila berlaku pencemaran sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air, pastinya akan menyusahkan semua pihak.

"LUAS sebagai pihak bertanggungjawab menguruskan bekalan air sebelum ia disalurkan oleh Air Selangor seharusnya memastikan perkara ini tidak berulang, lagi pun ini bukan pertama kali berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, hukuman yang lebih tegas perlu dikenakan terhadap pihak yang mengakibatkan pencemaran ini.

"Bagi saya pihak yang buat pencemaran ini memang tidak berhati perut, sebab ia libatkan ramai orang yang terkesan.

"Saya gesa hukuman yang setimpal perlu dikenakan terhadap pihak ini, jangan biar mereka terlepas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] 1.2 juta akaun pengguna di KL, Selangor terjejas bekalan air

Artikel Berkaitan:

Terdahulu kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, ia berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang akibat pencemaran sungai itu.

Katanya, gangguan bekalan air itu membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.